About Me

My photo
That not this and this not dead -huh-

Friday 22 April 2011

Jiran Baru...

Pada suatu hari..

Jiran 1 : Wahh… baru pindah ke?
Jiran baru : Ah… ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.
Jiran 1 : Encik ni kerja apa?
Jiran baru : Oh… saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar pasal deduksi.
Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu?
Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada rumah anjing kat belakang rumah encik. Dengan itu, saya dapat rumuskan yg encik ni bela anjing.
Jiran 1 : Ya, betul.
Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yg encik ini berkeluarga.
Jiran 1 : Huh… betul lagi.
Jiran baru : Dan fakta yg encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yg encik ini beristeri.
Jiran 1 : Tepat sekali.
Jiran baru: Itulah deduksi.

Petang itu…

Jiran 1 : Saya baru je bersembang dgn jiran sebelah… baru pindah.
Jiran 2 : Ooo… dia kerja apa?
Jiran 1 : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.
Jiran 2 : Apa tu??
Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada rumah anjing?
Jiran 2 : Tak.
Jiran 1 : Aishehman… ?!?$@$#?

No comments:

Post a Comment