About Me

My photo
That not this and this not dead -huh-

Friday 22 April 2011

Apa yang ada dalam fikiran kite??

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak , Abu?”
Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua tadi terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan Abu, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak .
Pengetua kelihatan resah de ngan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan di gunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word start s with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word start s with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping ?
Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.
P/s: kalo korang yang baca nih tadi pikir bukan2, sama laa korang macam Pengetua tu tadi…..

Jiran Baru...

Pada suatu hari..

Jiran 1 : Wahh… baru pindah ke?
Jiran baru : Ah… ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.
Jiran 1 : Encik ni kerja apa?
Jiran baru : Oh… saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar pasal deduksi.
Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu?
Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada rumah anjing kat belakang rumah encik. Dengan itu, saya dapat rumuskan yg encik ni bela anjing.
Jiran 1 : Ya, betul.
Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yg encik ini berkeluarga.
Jiran 1 : Huh… betul lagi.
Jiran baru : Dan fakta yg encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yg encik ini beristeri.
Jiran 1 : Tepat sekali.
Jiran baru: Itulah deduksi.

Petang itu…

Jiran 1 : Saya baru je bersembang dgn jiran sebelah… baru pindah.
Jiran 2 : Ooo… dia kerja apa?
Jiran 1 : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.
Jiran 2 : Apa tu??
Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada rumah anjing?
Jiran 2 : Tak.
Jiran 1 : Aishehman… ?!?$@$#?

Apabila lawak tak menjadi..

Di suatu ketika sementara menanti siaran perlawanan bola sepak antara Liverpool menentang AC Milan.
 
Mamak1 : Mau minum apa?
Wan : Kau nak minum pe fiq?
Fiq : Aku tak kisah apa² pun..kau yang nak belanja..so kau oderlah apa² untuk aku..
Wan : eh kau ni malu pulak..oder ajalah..kalau aku order air kosong baru ko tahu..hahaha(ketawa kecil)
Fiq : hehe..ala..takpe lah..kau oderkan je la..ko yang yang nak belanja..
Wan : Ala..jangan macam ni fiq..kau oder je lah..nah ambik menu ni..tengok pe ko nak??
 
Setelah 10minit berlalu mamak1 pon berkata..
 
Mamak1 : Bos..nanti datang wokey..saya mau pigi ambil order meja sana..
Wan : ok..takpe²..
 
20 Minit berlalu..perlawanan bola sepak juga telah bermula..
 
Mamak2 : Bos, sudah oder makan?
Wan : minum pun belum oder lagi ni..
Mamak2 : Wokey..mau minum apa?
Wan : ha..oder la fiq dari tadi tengok menu tak kan tak tahu lagi..
Fiq : aku seganlah wan.kau yang nak belanja aku..cuba kau aja yang oderkan untuk aku..
Wan : oder je la..aney ni dah letih dah berdiri ni..
 
Perkara ini berlanjutan sehingga 1st half habis dan...
 
Wan : fiq game dah habis dah.minum pun tak..
Mamak3 : ya lah..mau minum apa ini bos??
Fiq : erm..ok..apa ada??
Mamak3 : teh O,teh tarik,horlick,mylo,sirap,sirap bandung,semua ada..air buah juga ada..
Fiq : wan ko nak oder pe?
Wan : kau oder je la fiq aku dah bosan dah tunggu kau oder air..
Fiq : macam marah jew..ok la..aney bagi air kosong 1..
Wan : lol!!air kosong je sampai sejam kau fikir nak order..
Fiq : hehehe
Wan : Kalau macam tu aku pon same la..aney..bagi kitaorang air kosong 2..
Mamak3 : A$#*l@%%@)(&!!

Adap Berinterview...

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasaannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!

Hidup!

Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan,bermakna ada kawan yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan kita dari seksaan api neraka..Jangan marah,jangan upset..jangan fikir kita dah cukup tahu semua bende..Kengkadang kita perlu kepada PERINGATAN…Jadi selalu-selalu lah kita hangat menghangatkan perkara-perkara yang kita selalu rasa memang dah tau dari kita kecik2 lagi…Wallahhualam…
Wassalam.

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
 

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. 


HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah. 

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.


Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita & untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan
 mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.
 

Sunday 3 April 2011

Salah tafsir si anak...

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis.

Mereka pun pergi mendapatkan anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen.

Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni."

Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."
huhuhuhu..... 

Kesefahaman Suami Isteri

Suami tengah memandu.

Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....

si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)

isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada teman lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi.. dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!

si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...

Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...

si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju.....(80km)

isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....

si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)

isteri : saya nak kereta ini,kredit card dan saving akaun kita

si suami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco.......

isteri : awak ada ingin minta apa2??

suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...

isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??

suami : si suami menjawap sebelum beliau melanggar dinding konkrit jaya jusco... saya ada air bag.....awak tak ada..

Sejarah

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini..... 

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera 

1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana 

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa... 

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,... 

Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. . 

Seminggu selepas 

FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah 

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik) 
Alfonso: selamat pagi 
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang 
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak) 
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang.. 
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya 

hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana, 
hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang 
macam macam lagi hang ada kat sana..... 

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan 
pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat 
ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.