About Me

My photo
That not this and this not dead -huh-

Monday 21 March 2011

Kemaafan Yang diTunTut!

Terbayang sewaktu kecilmu..tapi saat itu tak akan kembali melainkan dalam ingatan sepanjang hari..adakah kita akan sentiasa beringat bahawa perkara yang pergi tak mungkin kembali..apa yang kita lakukan semalam telah pun menjadi kenangan..apa yang kita lakukan hari ini akan menjadi kenangan..dan apa yang kita lakukan esok??mungkinkah kita yang akan jadi kenangan?masih adakah hari esok untuk kita?lalu terkenanglah dosa² yang telah berlalu..apa mungkin dimaafi?atau mungkin sentiasa di ingati..buklan dosa pada tuhan yang aku katakan kerana tuhan maha pengampun lagi maha mengasihani..tapi dosa kita sesama hamba..adakah kita dapat bertemu kembali di padang "masyar"??adakah kita dapat mengenali setiap makhluk yang ada di sana nanti??tidak takutkah kita jika ibu kita sendiri pun tidak kita temui di sana??siapalah yang akan membantu kita di sana?maka timbullah persoalan apakah yang telah aku lakukan selama ini?adakah dosa yang belum ku tebus dengan kemaafan?lalu keegoan kita akan berkata dengan bangga.."aku tiada dosa lagi dengan diorang.tapi diorang yang patut meminta maaf padaku.."kemudain hari tanggunglah engkau azab di sana..dengan ini aku mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada semua manusia sama ada yang aku kenali atau tidak aku kenali kerana mungkin hari ini aku tidak mengenalinya tapi mungkin esok aku akan melakukan dosa terhadapnya..sekian...

Gambaran kiamat!!

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa
malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas
bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak
berbukit atau bulat seperti bumi.



✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak
pokok yang kembang membesar dari biji benih.



✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan
isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.



✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.
Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari
Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai
menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga
peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada
amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang
bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum
airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat
tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari
embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan
yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



ⅰ - Pemimpin yang adil.



ⅱ - Orang muda yang taat kepada perintah Allah.



ⅲ - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.



ⅳ - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.



ⅴ - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".



ⅵ - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).



ⅶ - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.



✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan
beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar
itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,
Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan
akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi
dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu
diperkenankan doa baginda.



✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan
hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang
sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih
dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.



✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung
bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang
malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang
mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia
dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul
oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari
'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan istana.



✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing
turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini
telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.



✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan
yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali
diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.



✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap
untuk menimbang dosa.



✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk
menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.



✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata,
kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di
adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.



✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.



✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :



ⅰ - Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.



ⅱ - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.



ⅲ - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.



(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)



✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan
untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70
000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang
mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk
yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban
dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka
sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk
yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang
Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya
seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


① Sedekah/amal jariahnya.


② Doa anak²nya yang soleh.


③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


sumber: Amar Sufi

Tak sengaja katanya...

Kepala otak dye tak sengaje..
hahaha...lawak gilew...
bende kite yang pakai mne boleh tak sengaja..
lainlah kalau baju tu tetibe jew dah terpakai..
hahaha...tu maknenye...dah 'kene' r tu...!?!?!?!

Umpan Amerika!!!!!

Adakah tidak kite sedar ini semua dah dirancang??

ni umpan amerika...


dan bile kite sume dah kene pancing..
inilah pulak habuannya..



dan semua orang akan rasa bersama..
bagus toi plan dye...


Tuesday 1 March 2011

Erti persoalan??

aku mulakan cerita ni terus dengan fikiran otakku kini..entah mengapa aku sering kali memikirkan bende² yang mampu membuatkan aku gila..atau mungkin aku dah memang gila??Entahlah..bagaimana pon aku nak kongsi dengan korang manelah tau korang boleh tolong..
    Aku selalu terfikir tentang perkara yang tak sepatutnya aku fikirkan..salah satunya kenapa orang yang beragama selain dari islam tidak memeluk agama islam?bukankah dah banyak sangat bukti2 yang ada at dunia ni?
    dorang ni tak pernah fikir kew yang tuhan yang dorang sembah tu hanyalah patung yang  di buat oleh golongan mereka sendiri?setahu aku semua agama ada "patung" tuhan dorang and gambar tuhan dorang..satu²nya agama yang tak ada semua tu cuma islam..LOL!!nape dorang tak terfikir?
    Kalau bab2 dosa ni pulak aku selalu terfikir apekah sume yang aku lakukan ni dosa?Cikgu aku n ustaz at masjid pon selalu cakap kita jangan biadap dengan ibu bapa kerana nanti anak kita akan buat berkali ganda teruknya sebagai balasan..so adakah segala yang kita buat dosa sekarang ni adalah hasil perlakuan dosa ibu bapa kita sekarang?dan kalau betul adakah dosa yang kita lakukan ni di kire dosa sedangkan ni balasan untuk ibu bapa kita?
    Pas tu aku terkenang pulak nasib anak² luar nikah.Dorang tak mintak pon dilahirkan dalam keadaan dan status yang macam tu.tapi kenapa masyarakat tak boleh nak bertolak ansur dengan dorang?kenapa perlu menghina dorang?kerajaan pon kalau tak silap aku ade menyekat pembelajaran dorang sampai ke darjah enam saja.Nak kerje ape nanti?Pada aku anak luar nikah bukan anak HARAM..yang haram adalah perbuatan ibu bapa mereka dan bukan bayi yang dilahirkan..bukanlah hina pun anak luar nikah ni..same je proses nak bersalin..sama je proses nak mengandung.bukan kene tunggu 4bulan jew..9 bulan lebih gak.lahir pon sama je macam anak "dalam" nikah..so kenapa dorang ni dipinggirkan?
    Tapi ade satu soalan yang betol² mencabar otak ku dan kadang² bila aku terfikirkannya aku akan terus berfikir hingga terbawa² dalam tido..kenapa pokok pisang diberi nama pokok pissang??kenapa rumah di beri nama rumah??kenapa awan diberi nama awan??mane datang nama pisang?mana datang nama awan? sape yang bagi?nak cakap dapat dalam al-quran?sume bahasa arab..memandai je orang dulu ni bagi nama..so aku ingat aku nak panggil awan tu sebagai pokok dan pokok sebagai rumah dan rumah sebagai awan..
BOLEH??

Talqin Kite!!

Tafsir Talqin

Bacaan ni dibaca pada setiap pengkembumian dilakukan, tetapi sebenar bacaan talkin ni utk mahluk Allah yg masih hidup utk insaf & ingat akan adanya alam mati. (cuba tukarkan nama dari SAYA bin IBU SAYA kpd nama anda & ibu anda)

Tafsir Talqin

Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yg Engkau bersifat dgn Baqa' & Qidam, Tuhan yg berkuasa mematikan sekalian yg bernyawa, Mahasuci Tuhan yg  menjadikan mati & hidup utk menguji siapa yg baik & siapa yg kecewa. Mahasuci Tuhan yg menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran utk menjadi iktibar kpd org yg lalai, & sebesar-besar amaran kpd org yg masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam & binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yg Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yg mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yg disembah dgn sebenar-benarnya  melainkan Allah, & bahawasenya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kpd kamu 2 org malaikat  sebagai wakil Tuhan yg menemui kamu, iaitu Mungkar & Nakir, maka jgnlah berasa gentar & takut, jgnlah kamu berdukacita & risau serta jgnlah kamu susah-hati & terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,  bahawa senya Mungkar & Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah nama kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yg kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dgn cermat & sehabis-habis terang, tepat & betul. Jgnlah berasa gementar,jgnlah cuak & jgnlah bergopoh-gapah, biarlah tenang & berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan sembahyang, puasa, zakat & mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua org  Islam & org yg beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yg paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dlm alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula utk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar &Nakir di dlm kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul & berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab & dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga & neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu  juga Tuhan yg maha berkuasa akan membangkitkan semula org-org yg di dlm kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah & selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kpd kamu. Tuhan jua yg menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yg liar, & Allah menaruh belas kasihan kpd kamu yg berdagang seorg diri di dlm kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan  memberi keampunan & memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal  kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu & bermohon kpd Mu supaya tidak disiksa mayat ini dgn kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subha na rabbika rabbil  izati amma ya sifun wassallamu alal mursalin walham dulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah

Setiap yg bernafas Pasti akan Mati

"Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dlm kerugian, kecuali org-org yg beriman & beramal soleh, yg ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, & yg ingat-mengingati dgn kesabaran." Surah Al-Ashr Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."