Tafsir Talqin
Bacaan ni dibaca pada setiap pengkembumian dilakukan, tetapi sebenar bacaan talkin ni utk mahluk Allah yg masih hidup utk insaf & ingat akan adanya alam mati. (cuba tukarkan nama dari SAYA bin IBU SAYA kpd nama anda & ibu anda)
Tafsir Talqin
Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yg Engkau bersifat dgn Baqa' & Qidam, Tuhan yg berkuasa mematikan sekalian yg bernyawa, Mahasuci Tuhan yg menjadikan mati & hidup utk menguji siapa yg baik & siapa yg kecewa. Mahasuci Tuhan yg menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran utk menjadi iktibar kpd org yg lalai, & sebesar-besar amaran kpd org yg masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam & binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yg Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yg mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yg disembah dgn sebenar-benarnya melainkan Allah, & bahawasenya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kpd kamu 2 org malaikat sebagai wakil Tuhan yg menemui kamu, iaitu Mungkar & Nakir, maka jgnlah berasa gentar & takut, jgnlah kamu berdukacita & risau serta jgnlah kamu susah-hati & terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya Mungkar & Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah nama kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yg kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dgn cermat & sehabis-habis terang, tepat & betul. Jgnlah berasa gementar,jgnlah cuak & jgnlah bergopoh-gapah, biarlah tenang & berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan sembahyang, puasa, zakat & mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua org Islam & org yg beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yg paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dlm alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula utk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar &Nakir di dlm kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul & berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab & dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga & neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yg maha berkuasa akan membangkitkan semula org-org yg di dlm kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah & selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kpd kamu. Tuhan jua yg menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yg liar, & Allah menaruh belas kasihan kpd kamu yg berdagang seorg diri di dlm kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan & memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu & bermohon kpd Mu supaya tidak disiksa mayat ini dgn kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subha na rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalin walham dulillahi rabbil alamin.
Al-Fatihah
Setiap yg bernafas Pasti akan Mati
"Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dlm kerugian, kecuali org-org yg beriman & beramal soleh, yg ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, & yg ingat-mengingati dgn kesabaran." Surah Al-Ashr Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

No comments:
Post a Comment