About Me

My photo
That not this and this not dead -huh-

Wednesday, 16 February 2011

Kisah diriku!

Dalam malam yang agak sunyi ni.aku hanya terpaku mengenangkan kisah silam.dan tanpa aku sedari aku telah jauh dihanyutkan oleh ombak pemikiranku yang semakin lama semakin menarik diriku untuk mengenang kisah silam.


 
    Tiba² aku aku terkenangkan satu kisah yang mungkin hanya terjadi sekali dalam seumur hidupku.kisahnye terjadi pada suatu ketika dan ketika itu umurku baru sahaja 11tahun(seingat aku).
    Pada satu malam jumaat, aku merasakan amat letih dan aku terpaksa berjalan kaki untuk ke rumah ibu angkatku(Mak Midah){bukan nama sebenar} kerana pada ketika itu tiada siapa dirumahku.Dalam perjalanan aku ke rumah Mak Midah aku telah di tolak oleh sesuatu hingga menyebabkan aku rebah dan tidak sedarkan diri.Apabila aku sedarkan diri aku melihat semua ahli keluargaku ada di kelilingku.tapi ade sesuatu yang mengganggu fikiranku di ssaat itu."mengapa mereka semua bersedih?"..Ingin aku luahkan dengan kata² tapi tidak mampu lalu aku menangis setelah aku melihat jasad ku yang di baluti oleh kain putih,tubuhku di simbahi dengan wangian..Aku menangis sambil hatiku terdetik "adakah aku sudah mati"..
 
Aku melihat mereka mendoakan aku..aku melihat mereka bersedih dan setelah habis solat jenazah mereka membawa aku ke liang lahad.."YA ALLAH..AMPUNILAH HAMBAMU INI YA ALLAH.."perkataan ini sahajalah yang mampu aku katakan berulang kali setiap saat aku melihat jasadku yang hanya menunggu tanah menutupi setiap tubuhku.setelah jasadku dikeluarkan dari keranda aku seperti hilang sebentar.dan setelah aku sedar aku seperti di dirikan dengan tubuhku yang di baluti kain kaffan tadi..datanglah satu cahaya yang pada mulanya kecil dan semakin besar yang membuatkan aku merasakan gerun yang teramat sangat.tidak ku tahu apakah cahaya itu yang sebenarnya.belum sempat hatiku bertanya keluarlah satu suara yang bergema dan kuat yang tidak dapat kita bayangkan di dunia yang sementara ini.Maka bermulalah persoalan² seperti "marobbuka"..YA ALLAH..pada ketika itu aku hanya mampu terdiam dan perasan gundah,resah,cuak,takut dan gerun semuanya bercampur baur..lalu aku menangis yang teramat sangat dan aku memejamkan mataku lalu aku hatiku berkata."YA ALLAH APAKAH MAKSUD SEMUA INI?"..setelah aku bukakan mata aku berada di tempat tidur ku..dalam keadaan aku yang kebasahan dengan peluh..aku bangun dan ALHAMDULILLAH itu semua hanya mimpi..dan sejak itu aku sukar untuk tidor kembali..
 
Apa yang aku ingin kongsikan di sini adalah...pertama sekali aku bersyukor kerana aku mendapatkan peluang untuk melihat semua itu sebelum masanya atau mungkin aku di beri peluang untuk hidup untuk memperbetulkan diriku..tapi kini aku telah  tersesat jauh..hidupku kini bergelumang dengan DOSA² besar dan kecil yang sering aku lakukan..setiap kali aku terkenangkan peristiwa tadi aku akan berniat untuk mengubah hidupku..tapi aku seolah² tidak mampu lari dari melakukan dosa² besar dan kecil ini..YA ALLAH..APAKAN YANG HARUS AKU LAKUKAN??kadang² aku terfikir juga andai perkara ini terjadi lagi apakah mungkin aku mendapatkan peluang yang sama??Tapi percayalah..HATI kecilku kuat menyatakan tidak akan ada peluang lagi selepas ini..Aku harapkan semua orang yang membacakan perkara ini ambillah ia sebagai ikhtibar kerana sesungguhnya peristiwa ini bukanlah rekaan atau petikan..Peristiwa ini adalah peristiwa yang benar² aku lalui..mungkin dengan mimpiku ini tuhan ingin memberi kesedaran pada kita semua..INSHA'ALLAH..

No comments:

Post a Comment