About Me

My photo
That not this and this not dead -huh-

Sunday, 20 February 2011

Jampi Terbaik

Kisahnya 22 tahun yang lalu,
Nak beli eskrem perlukan duit, paling koman seposen. Gua perlukan seposen setiap hari buat modal beli eskrem. Selalunya eskrem kacang seposen di kedai O'ie saja. Cuma kalau dapat dua posen gua lajak beli kacang potong sekali. Mintak duit dari kakak sedara gua yang gua panggil kakboya memang selalu gua buat. Kadang kadang kalau angin baik, gua dapat sampai tiga puluh sen.Kadang kadang dapat sepuluh sen saja. Ada juga masa yang gua langsung tak dapat apa apa. Ituselalu jadi. Waktu petang petang, dekat rumah takdak orang, yang ada cuma kakboya. Dia sajalah harapan gua.

Satu petang seperti biasa, gua lakukan amalan rutin setelah penat bermain kejar kejar di rumah mak ngah Ani. "kakboya..mintak duit nak beli eskrem..nak beli keropok cikedies sekali" - Gua mintak macam biasa biasa gua buat. Tangan kanan dah genggam erat senapang kayu. Lepas pekena eskrem gua rancang nak main askar askar pulak dengan Ilyas dan Alan.Tadi setakat main kejar kejar tak berpeluh sangat.

"Aku takdak duit..tapi aku boleh ajar kau satu jampi"-Kak boya buat muka seriuss.
Gua terkebil kebil, jampi pejadah pulak ni?."Jampi tu binatang apa?"-Tanya gua jujur.

"Ini susah cakap dengan budak kecik..jampi tu macam baca baca la..macam baca doa doa..kalau nak halau hantu selalunya kita kena baca jampi..kalau nak berubat orang sakit pun kita pakai jampi".-Kakboya eksplen panjang lebar. Gua jadi makin serabut kepala."Nak beli eskrem pun ada pakai jampi ka?"

"Itu yang aku nak ajar ni..kalau kau baca jampi, kau boleh dapat eskrem free..keropok chikedies pun free..tak payah bayar duit, baru la jadi hero betul betul"-KakBoya terang sungguh sungguh. Gua dah rasa ada semangat magis. Gua jadi suka tak boleh nak tahan tahan.

"Ajar Ajar ajar ajar ajar..nak buat apa? nak baca apa?, bagitau bagitau!"-Gua dah eksaited tahap cipan. KakBoya sambung."Mula mula baca Bismillah dalam hati..

Macam ni jampi dia:..............................." <--ayat jampi ni gua kena potong, ianya amat berbahaya dan menyesatkan! Dua tiga kali Kak boya ajar gua ayat jampi serapah yang amat magik itu. Jenuh juga gua nak menghapal sebab kata kakboya bila baca depan O'ie tak boleh silap. Kalau silap payah nak menjadi. Terkinjat-kinjat gua menghapal. Gua ulang ulang kasi lancar. Ayatnya tak lah panjang sangat. Tapi sebab ayat jampi serapah, kena la gua hapal dengan seriuss. Takut tak menjadi. Kak boya sambung lagi sesi pendidikan jampi beliau: "Lepas kau amek eskrem, tunjuk eskrem tu depan O'ie,sambil tunjuk sambil baca jampi yang aku ajar tadi..bagi O'ie dengar ayat ayat jampi tu". Belum sempat apa apa, laju gua berlari terpa ke kedai O'ie. Selipar pun gua tak pakai. Senapang kayu gua lempar entah ke mana. Gua dah ada ilmu jampi sekarang. Mesti magik habis ni.Mesti Alan dengan Ilyas cemburu sama gua nanti. Hati gua berbunga bunga. Sampai di kedai O'ie,gua tangkap eskrem kacang. Duit dalam poket memang lima sen pun haram gua tak bawak .Bedebar debar gua menuju kaunter berjumpa O'ie. Dalam hati gua ulang ulang jampi yang kak boya ajar gua tadi. Gua pandang O'ie. Gua tunjuk eskrem,baca bismillah dalam hati, lalu gua alunkan jampi serapah yang kakboya ajar gua. Gua alun penuh keyakinan. O'ie jadi macam tersentak lepas gua jampikan dia. Muka dia jadi tak berapa nak percaya. Keliru semacam. O'ie hanya angguk angguk macam orang tengah bercelaru. Mungin dia tak percaya budak kecik macam gua dah memiliki ilmu hebat. Gua keluar kedai sambil pandang O'ie takut takut dia nak mintak duit pulak dari gua.Gua memang takdak duit, gua ada ilmu jampi saja. "Lu balik jalan baik baik aa.."-kata O'ie pada gua penuh ihsan. -Wahhh!!!!!-Jampi serapah sudah menjadi!!-
Habis sebatang eskrem. Gua ulang semula pegi kedai O'ie. Kali ni gua angkat dua batang eskrem jenama mahal sket. Kacang potong tiga,keropok Bon Bon, keropok Chikedies, gula gula sugus, air Fanta hijau pun gua rembat jugak. Gua letak semua depan meja kaunter.Tunjuk depan O'ie.

Syarat jampi gua kena ikut. Sambil tunjuk barang yang kita beli, sambil baca jampi bagi O'ie dengar. Gua baca lancarrr..O'ie diam sekejap..dia macam kena pukau.
Tiba tiba dia bersuara:
"Lu amek la lagi apa lu suka..itu kelopok jagung balu mali . Itu kacang tumbuk pun ada..amek lagi banyak banyak kasi Alan, kasi Ilyas..makan sama sama loo". Gua turutkan kemahuan O'ie.Nampak gaya O'ie dah tunduk dengan jampi serapah gua. Dia dah jadi macam orang bodoh.

Esoknya, gua bawak sekali Alan sama Ilyas saksikan ilmu baru gua. Beli eskrem dan gula gula tak payah bayar. Barang barang dikedai O'ie gua perlakuan sesuka hati. Bila terkena saja jampi gua,O'ie akan suruh gua amek barang barang lain sama. Alan dan Ilyas amat kagum dengan kebolehan gua. Tapi gua tak boleh ajar mereka sebab kak boya tak bagi gua ajar ilmu tu pada orang lain. Sejak itu hidup gua berubah dari seorang kanak marhein kepada kanak kanak yang memiliki magik hebat lagi unggul.

(*) NOTAKAKI:
Dah dekat dua puluh dua tahun gua tak amalkan jampi serapah keramat yang hebat tu. Tapi gua tetap ingat jampi tu tak pernah lupa.Takpalah..sebab lu orang baca blog gua..gua kongsi jugaklah sama lu orang walaupun jampi ni diiktiraf sangat berbahaya oleh ibu gua dulu. Pandang O'ie, tunjuk eskrem..sambil alunkan jampi dengan keyakinan:
"O'ie..kira ni berapa?,masuk dalam buku tiga lima ibu gua..nanti hujung bulan ibu gua setelkan!"

No comments:

Post a Comment